Program MIV Bersama DTT
13 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniProgram MIV DTT ini merupakan program usahasama antara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pusat Internet dalam menyampaikan maklumat berkaitan Televisyen Terestrial Digital (DTT) dan penutupan siaran TV analog (ASO) kepada komuniti setempat. Terdapat tiga pusat internet dari Pasir Mas yang terlibat dalam menjayakan program ini iaitu Pusat Internet Semuba, Repek dan Bukit Tandak. Seramai 5 orang sukarelawan MIV DTT bagi setiap pusat internet telah hadir bagi mendengar taklimat tersebut.
Objektif taklimat ini diadakan adalah bagi memberi penerangan kepada sukarelawan dan staf Pusat Internet mengenai MIV DTT dan tugas MIV untuk memberi hebahan mengenai MYTV kepada komuniti. Selain itu, mereka juga diberi penerangan tentang tugasan yang perlu diselesaikan sepanjang 6 minggu menjadi sukarelawan ICT di PI masing-masing. Taklimat ini dikendalikan oleh pihak SKMM iaitu Puan Ain. Program diadakan di Pusat Internet Semuba bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: